Tuesday, August 15, 2017

KARISMA 2017 - Bhg 1

Sungguh cepat masa berlalu. Dengan usia yang semakin matang dan ke penghujung, GiLoCatur seperti ketinggalan kereta api. 

Kejohanan Catur KARISMA 2017 sedang berlansung dan sudah pun memasuki Pusingan Keenam. Edisi kali ini berlansung di UiTM Perlis. 

Logo Karisma 2017


Pusingan Keenam baru sahaja bermula kira-kira 15 minit yang lalu. Anak gadis GiLoCatur, Anis Fariha, turut serta di kejohanan ini mewakili UiTM Perak untuk kali kedua. Di Pusingan Keenam, Anis bertemu dengan rakan sepasukan MASUM dan MSS Selangor, Nabila, di Papan Utama.GiLoCatur boleh mengikuti pertembungan ini kerana KedaiCatur ada buat Live Broadcast untuk Top 2 Board bagi setiap kategori - Lelaki dan Perempuan.

Anis Fariha Saleh (UiTM Perak)
Foto dari Galeri MASUM 2017

Nur Nabila Azman Hisham (UiTM Puncak Alam Selangor)
Foto dari Galeri MASUM 2017

Apa fakta menarik tentang DGT Live Broadcast atau Siaran Lansung untuk pusingan Keenam ini adalah, dua pasangan adik beradik yang bertemu lawan masing-masing. Dalam acara Lelaki, di Meja Utama Aziz Farhan Noor Akbar yang mewakili UiTM Johor sedang bertemu dengan lawannya dari Amir Qayyim Mohd Saprin dari UiTM Melaka. Manakala, abang Aziz iaitu Daniel Iskandar Arif bertemu dengan lawan dari pasukan UiTM Pahang, Al Muryid Al Azmi. 

Bagi acara Wanita, si kakak iaitu Nur Nabila Azman Hisham (UiTM Puncak Alam Selangor) sedang bertemu dengan Anis Fariha, anak GiLoCatur di Meja Utama. Manakala si adik Nur Najiha Azman Hisham, rakan sepasukan Anis bagi UiTM Perak sedang bertemu dengan Nurulhana Syuhada Mohd Sulkifly dari UiTM Pahang. 

Sila ke URL http://broadcast.kedaicatur.com/ - untuk menyaksikan Siaran Lansung Pusingan Keenam Kejohanan Catur MASUM 2017..

Siaran Lansung di KedaiCatur.Com

Sila ke pautan URL berikut untuk keputusan terkini Kejohanan Catur KARISMA 2017 Perlis.

Acara Lelaki
http://chess-results.com/tnr296882.aspx?lan=1

Acara Wanita
http://chess-results.com/tnr296883.aspx?lan=1


Selamat Maju Jaya kepada semua peserta di Kejohanan Catur KARISMA 2017 Perlis terutamanya puteri kesayangan GiLoCatur, Anis Fariha!

Kakak, Daddy will always pray for your success in whatever you do and take part.  

No comments: