Saturday, November 26, 2016

Malaysian Inter State Chess Championship 2016 - Part 1


Dari bumi Kuantan Pahang pada hari ini akan bermula pertarungan catur menentukan Negeri mana yang akan menjuarai Kejohanan Catur Antara Negeri Malaysia 2016. Kejohanan selama tiga hari ini, akan berlansung di Hotel MS Garden. Kategori Terbuka akan bermain sebanyak enam pusingan manakala pasukan Wanita akan bermain sebanyak lima pusingan.

MISCC 2016
Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka dan Wanita. 14 pasukan akan bertanding dalam kategori Terbuka manakala hanya 6 pasukan akan bertanding dalam kategori Wanita. 

GiLoCatur tiada info dan maklumat bila kejohanan ini bermula dan siapa para pemenangnya. Melalui internet research, GiLoCatur mendapat tahu Negeri Pulau Pinang menjuarai kejohanan ini pada tahun 2009. 

Sila ke pautan berikut untuk mengetahui secara detail setiap pasukan dan keputusan kejohanan. 

Kategori Terbuka

Kategori Wanita


Berikut adalah beberapa keping gambar para pemain yang akan bertanding di kejohanan ini dari koleksi foto GiLoCatur sewaktu Kejohanan UTP MRBCC dan Kejohanan Raja Catur Sabak baru-baru ini. 

Foto 1
Kamaludin Yusof (kiri) 

Foto 2
NM Ng Tze Han (kiri)

Foto 3
Tan Khai Boon (kiri) dan IM Mas Hafizul Helmi (kanan)

Foto 4
Ilhan Mansiz (kanan)

SELAMAT BERTANDING KEPADA SEMUA PARA PEMAIN CATUR YANG TERLIBAT. KITA TUNGGU DAN LIHAT PASUKAN MANA YANG BAKAL DINOBATKAN SEBAGAI JUARA.

No comments: