Friday, September 9, 2016

Baku 2016 Chess Olympiad - Part 5 (Amazing WGM Dana of Latvia)


"Anything is Possible!"

Kenapa GiLoCatur gunakan ungkapan di atas?

Ungkapan di atas GiLoCatur tujukan kepada WGM Dana Reizniece-Ozola (gambar bawah) yang telah berjaya membuat satu kejutan atau upset di Kejohanan Catur Olimpiad 2016 yang sedang berlansung di Baku, Azerbaijan. 

Apakah kejutan itu?

WGM Dana Reizniece-Ozola dari Latvia
sumber : twitter profile


WGM Dana telah berjaya menewaskan Juara Catur Wanita Dunia iaitu WGM Hou Yi Fan ketika pasukan Latvia dan China bertemu di Pusingan Keempat. Walaupun lawan adalah juara dunia yang memiliki Elo rating yang jauh lebih tinggi iaitu perbezaan 400, kemenangan masih boleh diperolehi jika ada usaha dan keyakinan yang tinggi. Walaupun pasukan negaranya tewas kepada China, kemenangan ini sudah pastinya menjadi kenangan paling manis buat WGM Dana.

Pusingan Keempat, Meja 7, Papan 1


Klik di pautan rasmi BAKU 2016 Chess Olympiad untuk cerita lanjut. Juga di pautan ini.

Yang menariknya, wanita yang bernama Dana ini juga merupakan seorang menteri di negaranya, Latvia. 

GiLoCatur berharap kejayaan WGM Dana ini menjadi inspirasi kepada pencatur muda Malaysia untuk berjaya dalam sukan catur dan bidang lain seperti akademik, kerjaya dan politik.

Klik di sini untuk menonton komentari game pertemuan di antara WGM Dana dan WGM Yi Fan.

No comments: