Friday, August 26, 2016

MASUM 2016 - Part 4 (Pemenang Kategori Perempuan)

Jumaat, 26/8/2016

Kejohanan Catur MASUM 2016 baru sahaja berakhir semalam. Para pemenang telah pun diketahui. Berikut adalah para pemenang bagi kategori Perempuan. Gambar para pemenang GiLoCatur muatturun dari laman mukabuku rasmi MASUM 2016.

Acara Individu

Dari kiri Alia, Nabila dan Zahidah
Pemain pilihan pertama dan kedua mengungguli acara Perempuan. Nur Nabila dan Alia Anin Azwa berkongsi 6.5/7 mata. Hanya tie-break yang memisahkan warna medal yang mereka perolehi. Dengan tie-break yang lebih baik, Nabila telah dinobatkan sebagai Juara dan memenangi pingat Emas manakala Alia mendapat pingat Emas Perak. Pingat Gangsa teah dimenangi oleh pemain dari USIM, Zahidah.

Top 10 Final Ranking
Senarai penuh klik di sini



Acara Berpasukan

Pemenang acara Berpasukan
Pasukan UiTM telah berjaya memenangi Pingat Emas dalam acara Berpasukan. Dengan jumlah mata 21.5, pasukan UiTM berada di hadapan pasukan UM yang berjaya mengumpul 19 mata. Pasukan UPM berjaya mendapat Pingat Gangsa dengan memperolehi 18 mata.


Top 3 Berpasukan
Senarai penuh klik di sini
Syabas dan tahniah kepada semua para pemenang.

No comments: