Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru Buat Isteriku Cg Nor Azizah


Hari ini adalah 16 hb Mei. Suatu tarikh istimewa buat seorang guru. Kerana 16 hb Mei merupakan HARI GURU. GiLoCatur ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada isteri tersayang, Cikgu NOR AZIZAH SULAIMAN, yang telah dinikahi hampir 15 tahun yang lalu.

Beliau mula bertugas sebagai seorang guru secara formal dan profesion selepas menamatkan pengajian di sebuah maktab perguruan di Johor Baharu dalam tahun 1995. Semenjak awal tahun 1996, beliau telah bertugas dan mengajar di empat buah sekolah, sebuah di Perak dan tiga di Selangor yang dua antaranya di Shah Alam.


GiLoCatur mendedikasikan sajak "Guru O Guru" oleh penyair ulung negara, USMAN AWANG, seperti di bawah yang dipetik dari http://www.moe.edu.my/hariguru/sajak.htm khusus kepada isteri Cikgu Nor Azizah. Semoga sentiasa berdedikasi menabur bakti kepada anak bangsa.




No comments: