Monday, January 11, 2010

Syabas ... WCM Nur Shazwani Terima 5 Anugerah


GiLoCatur ingin mengucapkan SYABAS & TAHNIAH kepada WCM/NWM Nur Shazwani kerana telah menerima 5 anugerah di Majlis Anugerah Sukan MASUM 2009, Universiti Malaya. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian cemerlang bagi seorang atlit sukan CATUR. Sila klik disini untuk cerita lanjut.

Aktif dalam sukan catur sambil sibuk bergelumang dengan pengajian di UM dalam jurusan Perubatan dan Pembedahan memang sangat mencabar dan memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Kejayaan ini diharap dapat memberi semangat dan motivasi kepada semua pemain catur remaja di negara ini terutamanya yang perempuan termasuk Anis Fariha, anak perempuan tunggal GiLoCatur.



Pasukan Catur wanita Malaysia di Olimpiad ke 37, Torino 2006

Mengikut penyelidikan GiLoCatur, Shazwani yang merupakan anak perempuan pasangan guru Cikgu Zullkafli dan Cikgu Sufi adalah salah seorang ahli pasukan catur wanita Malaysia di Kejohanan Catur Olimpiad ke 37 di Turin, Itali pada tahun 2006. Bersama-sama, Siti Zulaikha Foudzi, Wan Khye Theng dan Roslina Marmono mereka telah mendapat tempat ke 44 dari 103 pasukan yang bertanding, empat tangga di belakang pasukan Indonesia yang diketuai oleh Irine Kharisma Sukandar.

Score Card keputusan pasukan Malaysia


Irine Kharisma Sukandar

Di kejohanan tersebut Shazwani berpeluang menentang Hou Yifan (WFM ketika itu), pemain catur prodigy dari China yang pada ketika itu baru berusia 12 tahun. Di kejohanan tersebut, Yifan hanya tewas sekali dari 13 permainan, seri 2 dan menang 10 untuk mengutip 11/13 mata. Yifan telah berjaya mendapat pingat perak bagi "papan simpanan" atau reserved board dan membantu negara China mendapat tempat ketiga. Selain itu, beliau juga telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi kategori Best Rating Performance dengan Elo performance 2596. Pada ketika ini, Hou Yifan merupakan pemain ranking pertama Bawah 15 tahun dan ketiga wanita dunia. Shazwani berjaya mengutip 5.5/11 mata dengan menang 4, seri 3 dan tewas 4 permainan. Beliau berada di kedudukan ke 47 dari 103 untuk papan ke tiga.



Berikut adalah game Shazwani bertemu Hou Yifan.

[Event "37th olw final"]
[Site "Turin ITA"]
[Date "2006.05.21"]
[Round "1"]
[White "Nur Shazwani, Zullkafli MAS"]
[Black "Hou Yifan CHN"]
[Result "0-1"]
[WhiteElo "2108"]
[BlackElo "2298"]
[ECO "B59"]
[EventDate "2006.05.21"]
[PlyCount "78"]

1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.d4 cxd4 4.Nxd4 Nf6 5.Nc3 Nc6 6.Be2 e5 7.Nb3 Be7 8.O-O O-O 9.Be3 Be6 10.Kh1 a5 11.a4 d5 12.exd5 Nxd5 13.Nxd5 Bxd5 14.f3 Rc8 15.c4 Be6 16.Nc5 Bf5 17.Qxd8 Nxd8 18.Ne4 Bxe4 19.fxe4 Ne6 20.Rad1 Bc5 21.Bd2 Bb4 22.Be3 Bc5 23.Bd2 Bb6 24.Bc3 Bd4 25.Bxa5 Bxb2 26.Bb4 Rfd8 27.Rb1 Bd4 28.Rfc1 Be3 29.Rd1 Rxd1+ 30.Rxd1 Ng5 31.Bf3 h6 32.c5 Rc6 33.Rd5 Bd4 34.Bg4 g6 35.Bd7 Rf6 36.h3 Rf1+ 37.Kh2 Bg1+ 38.Kg3 Nxe4+ 39.Kh4 g5+ 0-1


Gambar pemain-pemain catur Olimpiad ke 37, Turin, Itali boleh dilihat di link ini dan ini.

Keputusan penuh Olimpiad ke 37 wanita di sini.

Statistik individu Olimpiad ke 37 wanita di sini.

No comments: