Sunday, July 5, 2009

Result - Kejohanan Catur Fiesta Ria SMKTBR


Top 15 Final Ranking - Kategori Terbuka

  1. WCM Nur Shazwani Zullkafli (5 1/2)
  2. WCM Nur Nabila AH (5 1/2)
  3. Zarul Shafiq Zullkafli (5)
  4. Abdullah Che Hassan
  5. Kamaluddin Yusof
  6. NM Zarul Shazwan Zullkafli
  7. Mazlan Harun
  8. Fikri Saleh
  9. Mohd Nabil AH
  10. Mohd Kelana
  11. WFM Nur Najiha AH
  12. Amira Syahmina Zullkafli
  13. Mohd Zullghafari
  14. Fariz Shafruddin
  15. Dr Ajeet Singh

Ya! Bukan salah mata memandang. Kejohanan catur SMKTBR kali ini telah dimonopoli oleh dua orang wanita di mana mereka juga merupakan Woman Candidate Master (WCM). "Battle of WCM" telah berlaku pada pusingan kelima di mana hanya mereka berdua yang mempunyai perfect score setakat pusingan keempat. Tahniah kepada mereka! [GiLoCatur : Dah snap gambar mereka guna handset, tetapi tak ada pulak! heran jugak ...]

Dan satu lagi perkara menarik yang ingin GiLoCatur highlight ialah penyertaan Dr Ajeet Singh, bapa kepada Roshan dan Kabir, dalam pertandingan catur kali ini. Ingin juga GiLoCatur bertemu dengan beliau tapi apakan daya beliau jauh lebih hebat dari GiLoCatur ( (:- ). Walaupun sudah lama tidak menyertai sebarang pertandingan catur, tetapi permainan beliau masih menyengat lagi. Dr Ajeet, see you in de Laguna Port Klang dan Dun Seri Andalas! :)-


Top 5 Final Ranking - Kategori Bawah 12 Tahun

  1. Mohd Hakimi Mazlan
  2. Noor Azam Mohamad Noor
  3. Anis Fariha Saleh
  4. Roshan Singh
  5. Kabir Singh

GiLoCatur hanya ingat dan pasti the Top 5 winners untuk kategori Bawah 12 Tahun. Seramai 47 peserta telah mengambil bahagian dalam kategori ini. GiLoCatur sangat seronok dan teruja melihatkan keterujaan peserta-peserta terutamanya dari kawasan Hulu Selangor bermain di pertandingan ini. Rata-rata kurang pengalaman menyertai pertandingan catur. Tetapi semangat mereka untuk memulakan permainan sangat tinggi. Pelbagai gelagat yang GiLoCatur perhatikan.

Cg Zul - "control hensem" he he he ...

Alangkah bagusnya jika pertandingan catur kerap diadakan di tempat mereka. Sudah pasti akan ada bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan. Harap Cikgu Zul rajin-rajin adakan pertandingan catur di Hulu Selangor. Semoga catur berkembang dan diminati lebih ramai murid-murid di sekitar Taman Bunga Raya dan Bukit Beruntung.

Diharap kata-kata semangat dari Cikgu Suffiah kepada mereka untuk mewakili MSS peringkat negeri seperti the Top 4 winners - Hakimi (MSS Melaka), Azam, Anis dan Roshan (MSS Selangor), akan memberi galakan dan motivasi agar cemerlang dalam sukan catur.


No comments: