Thursday, June 11, 2009

TAHNIAH NAJIHA!

WFM Najiha

Nur Najiha berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia catur antarabangsa apabila berjaya menjadi juara dan menggondol pingat emas di Kejohanan Catur Asian Age Group ke 10 bagi kategori perempuan Bawah 10 Tahun (Girls 10) yang berlansung di Bandar Hue, Vietnam. Dengan seri di pusingan terakhir, Najiha berjaya memperolehi 7 mata dengan menang 5 dan seri 4 permainan meninggalkan naib juara dari negara tuan rumah  dengan 1/2 mata. Dengan kemenangan ini, kalau tidak silap GiLoCatur, Najiha berjaya mendapat title WFM.

(GiLoCatur : Amat berharap pihak media cetak dan elektronik mengeluarkan berita kejayaan Najiha ini di dada-dada akhbar dan media elektronik. Sewajarnya sukan catur tidak disisihkan di negara ini dengan hanya menumpukan kepada sukan-sukan popular.)

Amat sayang sekali kerana kakaknya, Nabila kurang berjaya mengungguli kategori perempuan Bawah 12 Tahun. Nabila yang tewas di pusingan pertama, juga tewas kepada juara, WCM Medina, dari Indonesia di pusingan keenam. Tetapi dengan berbekalkan 6 1/2 mata, Najiha berjaya mendapat pingat perak bagi kategorinya. Syabas juga diucapkan kepada Nabila dengan kejayaan tersebut. 

Azman Hisham 
coach dan motivator kedua-dua anak perempuannya
(Gambar dipetik dari Blog Kelab Catur Setia Kuantan dan sumbangan Haslindah)  


Tahniah dan syabas juga harus diberikan kepada Encik Azman Hisham dan Puan Zaza di atas dedikasi dan pengorbanan mereka demi kejayaan anak-anak dalam sukan catur. 

Sementara itu, Camilia yang juga bersaing dalam ketegori yang sama berjaya mendapat 4 1/2 mata. Camilia berada di kedudukan ke 11 dari sejumlah 19 orang peserta. Amier Hamzah yang bermain dalam kategori Open 8, berjaya memperolehi 5 mata. Amier yang berada di tempat ke 12, tewas tiga pusingan (kedua, ketiga dan keempat) berturut-turut. Ini merupakan satu setback kepada beliau. Jerome pula hanya sekadar menang dua dan seri dua permainan dalam kategori Open 12. Dengan 3 mata, Jerome berada di tempat ke 19 dari sejumlah 21 orang pemain. Diharap Jerome tidak berputus asa untuk menyertai pertandingan catur di masa akan datang dengan keptusan ini. Jerome perlu membuat analisa dan memperbaiki permainan-permainan beliau supaya bermain lebih baik dan cemerlang lagi di kejohanan-kejohanan catur peringkat antarabangsa yang lain. 

Agak sayang bagi NM Edward Lee yang tewas di pusingan terakhir kerana jika menang sudah pasti beliau akan mendapat medal bronze dengan 5 1/2 mata kerana memiliki tie break yang lebih baik. Dengan 4 1/2 mata, Edward Lee berjaya mendapat tempat keenam dari sejumpah 12 orang pemain dalam kategorinya. Juara bagi kategori ini ialah pemain tuan rumah, Nguyen Van Hai, yang berjaya memperoleh 8 mata dari 7 kemenangan dan 2 seri.  (GiLoCatur : pembetulan, sebenarnya Edward menang di pusingan terakhir. Ini bermakna Edward memperolehi 5 1/2 mata dan mendapat tempat keempat. Terima kasih kepada Haslindah Ruslan yang berada di Vietnam bersama pemain-pemain catur negara di atas pembetulan ini. 12-6-2009, 4:40am)

Bagi wakil Malaysia dalam kategori Open 20, Amru berjaya mendapat 3 mata. Amru berada di tempat ke 22 daripada 23 orang peserta. GiLoCatur yakin mereka dapat pengalaman yang sangat berharga dengan menyertai kejohanan peringkat antarabangsa sebegini. Diharap mereka akan menyertai lebih banyak lagi kejohanan-kejohanan sebegini bagi memperbaiki mutu permainan catur mereka. 

GiLoCatur ucapkan syabas kepada yang berjaya mendapat medal. Kepada mereka yang tidak dapat medal, DO NOT GIVE UP, continue to work hard and practice. Learn from the quality tournament like this. Analyze all the games especially the champions and the winners when back home.


No comments: