Wednesday, April 15, 2009

SIO Update - Pusingan Ke 2

IM Mas telah berjaya menewaskan lawannya di pusingan pertama. Semua pemain-pemain seeded top 15 tiada masalah menwaskan lawan masing-masing kecuali pemain seeded ke 9, IM Stephen Solomon, dan seeded ke 15, GM Shojaat Ghane dari Iran, yang sekadar seri.

Dalam pusingan ke 2, Mas sedang menentang pemain seeded ke 45 dari Australia, Gary McNamara yang mempunyai FIDE rating 2114. Pusingan ke 2 telah bermula pada jam 1.30 petang tadi iaitu bersamaan 3.30 petang di Sydney. Dua lagi pemain Malaysia yang lain kurang berjaya untuk menewaskan lawan masing-masing pagi tadi. Diharap mereka berdua akan menang di pusingan ke 2. Abang Draup bertemu dengan Tony Davis sementara Zamanhari bertemu dengan Fedja Zulfic, pemain dari Australia.

SEMOGA BERJAYA!

No comments: