Friday, December 12, 2008

Takziah IM Mas!

Pagi tadi GiLoCatur mendapat berita tentang kepulangan ayah Mas Hafizul yang sedang berjuang mendapat title GM untuk negara ke rahmatullah dari Marcus di Pearl Point. Sekalung takziah diucapkan kepada Mas dan keluarga beliau. Hati anak mana yang tidak sedih jika kehilangan seorang ayah. Apatah pula yang sangat dedikasi dan tinggi pengorbanan dalam membentuk anak menjadi seorang pencatur hebat di negara ini dan insya Allah juga di peringkat antarabangsa.  

Semoga Mas tabah dan lebih bersemangat untuk mendapat gelaran Grandmaster pertama negara sebagai hadiah buat ayah beliau tersayang. Marilah sama-sama kita berdoa semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan mendapat rahmat dariNYA. ALFATIHAH!! 

No comments: