Thursday, September 18, 2008

Pak Samad Ismail In Memory!



Tokoh Wartawan Negara Pak Samad meninggal
UMNO. Tokoh Wartawan Negara Pak Samad meninggal. KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pejuang kemerdekaan dan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pukul 5.58 petang ini akibat jangkitan paru-paru.Abdul Samad, 84, atau lebih dikenali sebagai Pak Samad dirawat di pusat itu ...



Akhirnya Allah telah menjemput Pak Samad ke rahmatullah pada petang 4 September jam 5.58 ptg. Walaupun aku tidak pernah bertemu beliau secara peribadi, tetapi ketokohan beliau memang tidak dapat disangkal lagi. Sewajarnya beliau mendapat penghormatan daripada semua umat Melayu di dunia ini di atas segala sumbangan dan jasa beliau kepada masyarakat Melayu dan negara kita khususnya. Aku hanya mengenali dan mengetahui tentang ketokohan dan jasa-jasa beliau melalui buku biografi beliau dan penulisan-penulisan. Setelah membaca buku biografi beliau dan beberapa tokoh-tokoh lain yang ada hubungkait dengan beliau seperti Biografi Pak Said Zahari, aku semakin ingin mengenali lebih lanjut tentang dirinya dan ketokohannya. 

Tidak rugi rasanya untuk membuat penyelidikan tentang Pak Samad, seorang intelektual Melayu dan salah seoarang pejuang kemerdekaan negara kita. Beliau mempunyai pengaruh yang amat mendalam kepada ramai orang terutamanya nama-nama besar dalam bidang kewartawanan, politik dan sastera. Amat disarankan kepada generasi muda khususnya untuk membaca dan menyelidiki tentang diri Pak Samad terutamanya kepada mereka yang meminati bidang kewartawanan, penulisan dan bahasa. Allahyarham Pak Samad yang telah melalui pelbagai zaman dan era merupakan satu entiti sejarah yang amat bernilai bagi masyarakat kita dan negara ini.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham Pak Samad. Al-Fatihah ...

No comments: