Thursday, September 18, 2008

Nyaris Dapat Hadiah Dalam Pertandingan Catur

Pada hari Sabtu, 13 September, lalu aku menyertai Pertandingan Catur Tertutup Komuniti Putrajaya. Begitu juga kedua-dua anakku Fikri dan Anis. Aku menyertai kategori 16 Tahun ke atas sementara anak-anakku dalam kategori Bawah 12 Tahun.

Fikri telah berjaya memenangi tempat ke 2 dengan menang 5 permainan dan seri 1 ketika menentang Nurul Syuhada. Satu pencapaian yang bagus bagi beliau walaupun kurang berlatih kerana baru sahaja selesai peperiksaan UPSR. 

Bagi Anis pula, beliau memulakan permainan dengan kemenangan. Tetapi dia kalah pada pusingan ke 2. Seterusnya dia menang tiga pusingan berikut berturut-turut. Memasuki pusingan akhir iaitu pusingan ke 6, Anis memperolehi 4 mata. Anis perlu menang pusingan terakhir bagi membolehkan beliau mendapat hadiah Top 8. Malangnya Anis telah tewas pusingan ke 6 tersebut kepada Nurul Syuhada yang seri sebelumnya dengan Fikri. Pada pusingan ke 6 itu, pasangan adik-beradik bertemu pasangan adik-beradik dengan meja pun bersebelahan. 

Bagi aku pula, ia merupakan pencapaian terbaik setakat ini. Walaupun aku memulakan pertandingan dengan tewas pada pusingan pertama, aku berjaya bangkit dengan kemenangan berturut-turut sehinggalah ke pusingan terkahir. Permainanku semakin baik. Kawalan masa juga bagus di mana aku menang kalau tak silap 2 permainan kerana masa. Nampaknya masa yang aku korbankan dan luangkan setiap hari untuk menganalisa dan belajar catur membuahkan hasil. 

Aku juga seperti Anis, jika menang pusingan terakhir bakal mendapat tempat dalam Top 8. Permainan aku pada pusingan terakhir juga setanding. Malahan aku ada advantage masa. Tetapi mungkin perasaan gemuruh menguasai diri. Tambahan pula ramai juga yang menyaksikan permainan aku. Aku perlu belajar menguasai perasaan gemuruh dan perbaiki end game jika ingin lebih berjaya dalam pertandingan-pertandingan akan datang.

No comments: