Tuesday, September 13, 2016

BAKU 2016 Chess Olympiad - Part 9 (Nabila Sekarang WFM)


Syabas dan tahniah kepada Nabila  kerana telah berjaya mendapat title WFM atau Women FIDE-Master. Kejayaan ini boleh dirujuk di link chess-results.com.

sumber : chess-results.com

WFM Nur Nabila Azman Hisham bergambar
dengan lagenda pencatur wanita dunia,
GM Judit Polgar
sumber : fb nabila


Selain daripada Nabila, Sumant juga telah berjaya mendapat gelaran FM atau FIDE-Master. Gilachess telah pun menulis tentang hal ini di link ini.

BAKU 2016 Chess Olympiad - Part 8 (Malaysia Menang Lawan Peru)


Satu sejarah bagi Pasukan Catur Wanita Malaysia telah tercipta di Kejohanan Catur Olimpiad Baku 2016 apabila mereka berjaya menewaskan pasukan Peru dengan 3.5 - 0.5 mata. Malaysia adalah pasukan pilihan ke 66 berbanding Peru pasukan pilihan ke 41.

Pasukan Catur Olimpiad Wanita Malaysia bersama Hou Yi Fan, Juara Dunia
sumber : fb puan zaza


Dengan kemenangan ini, pasukan Malaysia telah berjaya menang enam (6) dan seri dua (2) kali. Dengan 14 match point, pasukan catur wanita Malaysia telah berjaya berada di kedudukan ke 13 setakat pusingan kesepuluh. 

Keputusan Malaysia lwn Peru, Pusingan Kesepuluh
sumber : chess-results.com

Kedudukan setakat pusingan kesepuluh
klik di sini untuk senarai penuh

Seingat GiLoCatur, kedudukan ini adalah yang paling tertinggi pernah digapai oleh Malaysia. Di kalangan negara ASEAN, Malaysia berada di belakang Vietnam yang berada di kedudukan ke 9 ketika ini. Filipina pula berada di kedudukan ke 23 setelah menang enam (6) dan seri satu.

Pemain2 MALAYSIA di Pusingan Kesepuluh menentang PERU
sumber : fb puan zaza


SYABAS & TAHNIAH PASUKAN CATUR WANITA OLIMPIAD MALAYSIA!

Saturday, September 10, 2016

BAKU 2016 Chess Olympiad - Part 7 (Tahniah Pasukan Wanita Malaysia!)


Para pemain Catur negara
sumber : fb puan zaza

Pasukan Catur Wanita Malaysia telah berjaya seri dengan pasukan Austria yang berada di ranking ke 35. Pasukan Malaysia berjaya menang Papan Kedua dan seri Papan Pertama dan Papan Keempat. 

Keputusan pertemuan Austria vs Malaysia
Klik di sini untuk keputusan penuh

Berikut adalah laporan dari Puan Zaza yang dipetik dari mukabukunya:

"Titisan airmata gembira menyambut kepulangan puteri-puteri catur dari medan perjuangan 'Crystal Hall'.
Permainan tadi penuh dengan pertarungan yang menuntut kekuatan dari segi fizikal dan mental. Setiap saat terasa seperti jantung sentiasa berombak kencang dan terkadang berhenti berdenyut seketika....
Namun semangat oleh setiap pemain berjaya mengekang keputusan menjadi seri.
Tahniah dan syabas kepada semua pemain serta permainan cemerlang Alia Bakri yang berjaya menewaskan pemain di papan kedua Austria serta Tan Li Ting dan Nur Najiha Azman Hisham yang berjaya mendapat keputusan seri yang memberikan mata seri kepada negara kita.
Keputusan ini meletakkan Malaysia di tangga ke 52 dan esok sejarah berulang kembali pertemuan dengan negara Australia.
Team wanita Malaysia pernah tewas 4-0 bertemu Australia pada pusingan terakhir di Olympiad 2014 di Tromso Norway.
Pertemuan esok lebih kepada misi membalas dendam. Kita yakin puteri-puteri catur akan berusaha sedaya mungkin bagi menebus kekalahan 2 tahun lepas......
Doakan kejayaan pasukan negara kita. MALAYSIA BOLEH!!!"

Baku 2016 Chess Olympiad - Part 6 (USA versus RUSSIA)


Tujuh pusingan sudah selesai bagi Kejohanan Catur Olimpiad 2016 Baku. Pertarungan semakin sengit untuk mencari sang juara. Sesuatu yang menarik perhatian GiLoCatur pertemuan atau match up di Pusingan Kelapan.

Apakah perkara yang menarik itu?

Di pusingan Kelapan, pertembungan di anatra USA dan RUSSIA akan berlaku. Yang menariknya pertembungan ini berlaku bagi kedua-dua acara - Terbuka dan Perempuan.

sumber : Google


Dalam Bahasa Inggerisnya, USA versus RUSSIA. Berjayakah USA menewaskan RUSSIA bagi kedua-kedua acara? Atau USA menang satu, RUSSIA pula menang satu juga?

Acara Terbuka

Prestasi Pasukan Lelaki Russia

Prestasi Pasukan Lelaki USA

Bagi acara Terbuka, Russia adalah pasukan pilihan,pertama manakala USA pula pasukan pilihan kedua berdasarkan purata rating pasukan. Tetapi dari segi kedudukan setakat Pusingan Ketujuh, pasukan USA berada di atas, manakala pasukan RUSSIA di tangga Kedua.

Siapa akan bertemu siapa? 


Acara Perempuan

Prestasi Pasukan Perempuan Russia

Prestasi Pasukan Perempuan USA

Bagi acara Perempuan, kedua-dua pasukan USA dan RUSSIA bukanlah pasukan pilihan dua teratas. Ketika ini pasukan RUSSIA sedang mendahului di kedudukan teratas. Satu pertemuan yang sangat menarik.

Kita tunggu apakah keputusannya ..

Friday, September 9, 2016

Baku 2016 Chess Olympiad - Part 5 (Amazing WGM Dana of Latvia)


"Anything is Possible!"

Kenapa GiLoCatur gunakan ungkapan di atas?

Ungkapan di atas GiLoCatur tujukan kepada WGM Dana Reizniece-Ozola (gambar bawah) yang telah berjaya membuat satu kejutan atau upset di Kejohanan Catur Olimpiad 2016 yang sedang berlansung di Baku, Azerbaijan. 

Apakah kejutan itu?

WGM Dana Reizniece-Ozola dari Latvia
sumber : twitter profile


WGM Dana telah berjaya menewaskan Juara Catur Wanita Dunia iaitu WGM Hou Yi Fan ketika pasukan Latvia dan China bertemu di Pusingan Keempat. Walaupun lawan adalah juara dunia yang memiliki Elo rating yang jauh lebih tinggi iaitu perbezaan 400, kemenangan masih boleh diperolehi jika ada usaha dan keyakinan yang tinggi. Walaupun pasukan negaranya tewas kepada China, kemenangan ini sudah pastinya menjadi kenangan paling manis buat WGM Dana.

Pusingan Keempat, Meja 7, Papan 1


Klik di pautan rasmi BAKU 2016 Chess Olympiad untuk cerita lanjut. Juga di pautan ini.

Yang menariknya, wanita yang bernama Dana ini juga merupakan seorang menteri di negaranya, Latvia. 

GiLoCatur berharap kejayaan WGM Dana ini menjadi inspirasi kepada pencatur muda Malaysia untuk berjaya dalam sukan catur dan bidang lain seperti akademik, kerjaya dan politik.

Klik di sini untuk menonton komentari game pertemuan di antara WGM Dana dan WGM Yi Fan.

Baku 2016 Chess Olympiad - Part 4 (Amazing GM Eugenio Torre)


GiLoCatur is amazed with Eugenio Torre, the Asia's first Grandmaster. Already in the mid-sixties, he is still very good in playing chess. Have played in more than twenty (20) World Chess Olympiads, his performance in the on-going Chess Olympiad in Baku, Azerbaijan is outstanding. 

GM Eugenio Torre at 2012 Chess Olympiad
Picture credit : David Llada

After Round 6, Torre has accumulated 5/6 points from four (4) wins and two (2) draws.

Torre's performance at Baku 2016 Chess Olympiad
source : chess-results.com


If you want to know much further about this man particularly his chess accolades, go to this link and this link.

For GiLoCatur, GM Eugenio Torre is unbelievable and a chess icon not only in the Philippines but also in the ASEAN countries! 

Saturday, September 3, 2016

Baku Chess Olympiad - Part 3 (Pusingan Kedua)


Sabtu, 3/9/2016, 8:15AM

Pusingan Kedua Kejohanan Catur Olimpiad 2016 sudah memasuki jam kedua. Siapakah lawan pasukan negara kita? 

Pasukan Lelaki

Pasukan catur Lelaki Malaysia menentang pasukan Palestin di Meja 51. 

Pasukan Lelaki Malaysia vs Palestin di Meja 51
klik sini untuk senarai penuh Board Pairings

Board 1 - Mok vs Tamra

Board 2 - Tze Han vs Alhadad

Board 3 - Sumant vs Allam

Board 4 - NM Kamal vs Michel Yunis

Link perlawanan:


Pasukan Perempuan

Pasukan catur Perempuan Malaysia menentang pasukan Serbia di Meja 24.

Pasukan Perempuan Malaysia vs Serbia di Meja 24
klik sini untuk senarai penuh Board Pairings


Board 1 - Li Ting vs Jovana Rapport 

Board 2 - Alia vs Adela Velikic

Board 3 - Nabila vs Jovana Eric

Board 4 - Najiha vs Ljilja Drljevic

Link perlawanan:

Semoga Pasukan Malaysia peroleh kemenangan.

Thursday, September 1, 2016

Baku Chess Olympiad - Part 2 (Tromso 2014 Champions)


GiLoCatur would like to refresh the champions for Tromso 2014 Chess Olympiad.


The Open category

Tromso 2014 Open Champion - CHINA
source : Tromso 2014 facebook
The players - GM Wang Yue, GM Ding Liren, GM Yu Yangyi, GM Ni Hua & GM Wei Yi

For Baku 2016 Olympiad, only Ni Hua is missing in the list. GM Li Chao will replace him. Team China is ranked Third behind Russia and USA.


The Women category

 
Tromso 2014 Open Champion - Russia
source : Tromso 2014 facebook
The players - GM Kateryna Lagno, GM Valentina Gunina, GM Alexandra Kosteniuk, WGM Olga Girya and WGM Natalia Pogonina.

For Baku 2016 Olympiad, only Kateryna is missing in the list. WGM Aleksandra Goryachkina will replace her. Team Russia is ranked Second behind China.

Baku Chess Olympiad - Part 1


Hari ini adalah hari pertama dalam bulan September bagi tahun 2016. Bulan Ogos yang sungguh banyak diadakan kejohanan2 catur seperti SUKUM, MSSM dan MASUM dan lain-lain baru sahaja berlalu pergi. 

Akhirnya, Kejohanan Catur Olimpiad 2016 telah tiba. GiLoCatur yakin semua pasukan yang bertanding termasuk Malaysia telah pun tiba di Baku yang terletak dalam negara Azerbaijan. Beberapa jam lagi, upacara pembukaan rasmi kejohanan akan berlansung.

GiLoCatur mendoakan kejayaan buat pasukan catur Olimpiad 2016 negara. Selamat berjuang di persada kejohanan catur peringkat dunia.

Pasukan Catur Olimpiad 2016 Malaysia
sumber : fb nm kamal abdullah

Senarai pemain Pasukan Lelaki Malaysia
sumber : laman web rasmi Baku Chess Olympiad

Pasukan Lelaki Malaysia berada di kedudukan ke 72 dari 172 pasukan bertanding dalam Edisi Tromso 2014, hasil dari lima (5) kemenangan dan dua (2) seri. Dalam Edisi 2012 Istanbul, dengan jumlah kemenangan dan seri yang sama, pasukan Lelaki Malaysia berada di kedudukan ke 64 dari 156 pasukan yang bertanding. GiLoCatur mengharapkan pasukan Lelaki Malaysia dapat memperbaiki kedudukan ke dalam kelompok 65 Teratas (Top 65).

Senarai pemain Pasukan Perempuan Malaysia
sumber : laman web rasmi Baku Chess Olympiad

Dalam Edisi 2014 di Tromso, pasukan Perempuan negara telah berjaya memperbaiki kedudukan di tempat ke 54 dari 133 pasukan yang bertanding dari enam (6) kemenangan. Pasukan Malaysia berada di kedudukan ke 61 dalam Edisi 2012 Instanbul. Dengan senarai pemain yang sama dan berbekalkan pengalaman di Olimpiad Tromso, GiLoCatur mengharapkan pasukan catur Olimpiad Baku Malaysia dapat memperbaiki kedudukan dan statistik kemenangan, sekurang-kurangnya berada di kelompok 50 Teratas.

SELAMAT BERJUANG PASUKAN CATUR OLIMPIAD MALAYSIA!

Friday, August 26, 2016

MASUM 2016 - Part 5 (Pemenang Kategori Lelaki)

Jumaat, 26/8/2016

Berikut adalah para pemenang Kejohanan Catur MASUM 2016 bagi kategori Lelaki Individu dan Lelaki Berpasukan.

Acara Individu

Dari kiri Fikri, Nabil dan Azfar
Nabil dari pasukan UiTM telah mengungguli kategori Lelaki Individu. Dengan lima (5) kemenangan  dan dua (2) seri, Nabil mengumpul 6/7 mata. Dengan ini beliau telah dinobatkan sebagai Juara dan mendapat Pingat Emas. Pingat Perak berjaya dimenangi oleh rakan sepasukan Nabil iaitu Fikri. Fikri juga mengumpul 6/7 mata. Malah seorang lagi rakan sepasukan mereka juga mengumpul 6/7 mata. iaitu Ali Chor. Tetapi Pingat Gangsa diberikan kepada Ahmad Azfar dari pasukan UIA yang memperoleh 5.5/7 mata. Ini adalah kerana satu pasukan hanya dibenarkan memenangi dua pingat.

Top 10 Final Ranking
Klik sini untuk senarai penuh


Acara Berpasukan


Pememang acara Berpasukan
Pasukan UiTM sekali lagi berjaya memenangi Pingat Emas dalam acara Berpasukan. Dengan 23 mata, pasukan UiTM meninggalkan jauh di belakang pasukan UKM yang berjaya memenangi Pingat Perak. Pasukan UKM berjaya mengumpul 17.5 mata. Pingat Gangsa menjadi milik pasukan UIA yang berjaya mengumpul 16.5 mata. 




Sekalung tahniah dari GiLoCatur kepada semua pemenang Kejohanan Catur MASUM 2016. Sehingga bertemu lagi di Edisi 2017.